Category Archives: Program Dermasiswa B40

Pemakluman Pembukaan Akaun Bank Islam bagi Calon Pelajar Program PIDN dan Dermasiswa B40 Tahun 2016

Screen Shot 2016-07-18 at 12.32.21 AMCalon pelajar yang berjaya ditawarkan dan bersetuju untuk menerima penajaan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dan Program Dermasiswa B40 dikehendaki untuk membuka akaun Bank Islam.

Maklumat Akaun Bank Islam ini hendaklah dikunci masuk ke dalam Sistem e-penawaran dan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam hendaklah dikemukakan semasa Sesi Pemurnian Dokumen Perjanjian bersama pihak JPA yang tarikhnya akan dimaklumkan kelak.

Kegagalan untuk mengemukakan slip pengesahan akaun bank semasa sesi tersebut akan menyebabkan kelewatan proses pembayaran elaun.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 03-8885 3453/3541/3552

Sumber: esilav2 JPA

Pemakluman kepada Pelajar Berjaya PIDN Tahun 2016 & Program Dermasiswa B40 Tahun 2016

Screen Shot 2016-08-15 at 10.55.24 AM

Saudara/i dikehendaki muat turun dokumen penawatan melalui
http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epenawaran/

Sila sahkan penerimaan penajaan di dalam sistem selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2016. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan penajaan kepada saudara/i.

Sebarang masalah berhubung muat turun dokumen boleh hubungi talian: 03-8885 3453 / 3541 / 3552

Sekian. Terima kasih.

Sumber: JPA

Program Dermasiswa B40 2016

PENGENALAN

Program Dermasiswa B40 merupakan program baharu JPA yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2016. Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2015 daripada keluarga dalam golongan B40 untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Sijil Profesional di Institusi Pengajian Tinggi yang dikenalpasti. Golongan B40 adalah terma yang digunapakai Kerajaan bagi kumpulan isi rumah di Malaysia yang berpendapatan 40% terendah.

Objektif Program ini adalah membantu pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 mengikuti pengajian dalam bidang TVET dan profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada industri. Sehubungan itu, penajaan akan menjurus kepada bidang teknikal dan vokasional selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan bakat yang mempunyai kemahiran tinggi bagi menampung keperluan pekerja mahir dalam pasaran kerja.

PENAJAAN

Penajaan pelajar di bawah Program ini adalah dalam bentuk biasiswa. Sebanyak 1,000 tempat diperuntukkan bagi menaja pelajar di bawah program-program berikut:

i. Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam 

Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam merupakan penajaan kepada pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam atau Politeknik bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma. Sebanyak 700 tempat penajaan diperuntukkan di bawah program ini.

ii. Program Diploma UNITEN & MMU

Program Diploma UNITEN & MMU merupakan penajaan kepadapelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang layak untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma samada di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) atau Multimedia University (MMU). Bidang pengajian yang ditaja adalah kejuruteraan, teknologi maklumat, perakaunan dan pentadbiran perniagaan. Sebanyak 200 tempat penajaan diperuntukkan di bawah program ini.

iii. Program Sijil Profesional (PSP)

Program Sijil Profesional (PSP) adalah penajaan kepada pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang layak untuk mengikuti pengajian peringkat Sijil Profesional dalam bidang kejuruteraan dan perakaunan. Pelajar yang dipilih akan ditempatkan di Universiti Kuala Lumpur bagi Program sijil Profesional dalam bidang kejuruteraan, dan Kolej Poly-Tech MARA bagi pengajian Certified Accounting Technician (CAT) . Sebanyak 100 tempat penajaan diperuntukkan di bawah program ini.

PERMOHONAN

Permohonan akan dibuka secara atas talian di http://esilaV2.jpa.gov.my mulai 5 Mei 2016.

Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia,

b) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;

c) Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015;

d) Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;

e) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;

f) Jumlah pendapatan bulanan isi rumah ibu bapa/penjaga adalah RM6,540 ke bawah; dan

g) Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan (akan dimaklumkan semasa permohonan dibuka).