Category Archives: Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Pemakluman Pembukaan Akaun Bank Islam bagi Calon Pelajar Program PIDN dan Dermasiswa B40 Tahun 2016

Screen Shot 2016-07-18 at 12.32.21 AMCalon pelajar yang berjaya ditawarkan dan bersetuju untuk menerima penajaan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dan Program Dermasiswa B40 dikehendaki untuk membuka akaun Bank Islam.

Maklumat Akaun Bank Islam ini hendaklah dikunci masuk ke dalam Sistem e-penawaran dan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam hendaklah dikemukakan semasa Sesi Pemurnian Dokumen Perjanjian bersama pihak JPA yang tarikhnya akan dimaklumkan kelak.

Kegagalan untuk mengemukakan slip pengesahan akaun bank semasa sesi tersebut akan menyebabkan kelewatan proses pembayaran elaun.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 03-8885 3453/3541/3552

Sumber: esilav2 JPA

Pemakluman kepada Pelajar Berjaya PIDN Tahun 2016 & Program Dermasiswa B40 Tahun 2016

Screen Shot 2016-08-15 at 10.55.24 AM

Saudara/i dikehendaki muat turun dokumen penawatan melalui
http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epenawaran/

Sila sahkan penerimaan penajaan di dalam sistem selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2016. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan penajaan kepada saudara/i.

Sebarang masalah berhubung muat turun dokumen boleh hubungi talian: 03-8885 3453 / 3541 / 3552

Sekian. Terima kasih.

Sumber: JPA

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2016

 

jpa-scholarship

PENGENALAN

Program Ijazah Dalam Negara merupakan penajaan kepada 7,000 pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT). Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.

Penajaan pelajar di bawah Program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah.

PERMOHONAN

Permohonan akan dibuka secara atas talian di http://esilaV2.jpa.gov.my mulai Mei 2016. Permohonan dibuka kepada pelajar tahun pertama yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester pengajian.

SYARAT PERMOHONAN

a) Warganegara Malaysia,

b) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;

c) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

d) Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;

e) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama; dan

f) Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan (akan dimaklumkan semasa permohonan dibuka).