Category Archives: Internal Shuttle Bus

Inter Campus Shuttle Bus Service

Internal Shuttle Bus

::: Introduction :::

Commuter bus service is prepared to ease the travel of students, especially from hostel to lecture hall and vice versa. 

All buses will be operating from Monday to Saturday, except for public holiday. Every buses in USM will be labelled with different alphabets, each with different routes. Students are advised to look at the alphabets clearly before boarding the bus.

Updated 28 March 2016 
BM Version

Latest Info (Updated 28 March 2016)

1. Jumlah bilangan bas komuter di dalam kampus USM ialah 10 unit.

(2 unit Bas A; 1 unit Bas B; 1 unit Bas C; 2 unit Bas AC; 2 unit Bas D; 2 unit Bas E).

2. [RST] Bas E akan beroperasi mulai pukul 7.30 pagi.

Waktu Puncak (7.30 pagi hingga 11.00 pagi) : Kedua-dua unit Bas E akan berada di stesen perhentian bas M07 dan bergerak menuju ke Jejantas RST setiap 15 minit.

Waktu Puncak (5.00 petang hingga 7.00 petang) : Kedua-dua unit Bas E akan berada di Jejantas RST dan bergerak menuju ke stesen perhentian bas M07 setiap 10 minit atau bergerak terus apabila Bas E penuh.

Waktu biasa (11.00 pagi hingga 5.00 petang) : Satu unit Bas E akan berada di stesen M07 dan satu unit Bas E akan berada di stesen Jejantas RST. Bas akan bergerak setiap 15 minit.

3. [Kampus Induk] Bas akan beroperasi mulai pukul 7.30 pagi.

Waktu Puncak (7.30 pagi hingga 10.00 pagi) : Bas A, AC dan D yang mula bergerak dari stesen perhentian bas Padang Kawad USM tidak akan berhenti di stesen perhentian bas Desasiswa Indah Kembara. Oleh itu, pelajar dari Desasiswa Indah Kembara diminta untuk mengambil bas komuter di stesen Padang Kawad USM. W/bagaimanapun, 4 unit EcoVan telah disediakan untuk mengambil pelajar dari Desasiswa Indah Kembara supaya lebih memudahkan pelajar. Pada waktu puncak, bas akan bergerak setiap 10 minit atau bergerak terus apabila bas penuh.

Waktu Rehat Pemandu Bas : Pihak MPP difahamkan oleh Pihak Unic Leisure bahawa waktu rehat bagi Pemandu Bas terbahagi kepada 2 slot, iaitu Slot Pertama (1.00 tgh hingga 2.00 petang) dan Slot Kedua (2.00 petang hingga 3.00 petang). Pemandu Bas berehat secara bergilir-gilir. (CONTOH) Pemandu Bas AC pertama akan berehat pada pukul 1.00 tgh hingga 2.00 petang, manakala Pemandu Bas AC kedua akan bertugas. Pada pukul 2.00 petang, Pemandu Bas AC pertama akan sambung bertugas.

Waktu Rehat Bas B (Aman Damai) : Untuk pengetahuan Pelajar dari Desasiswa Aman Damai, waktu rehat Bas B adalah mulai pukul 2.15 petang hingga 3.15 petang.

4. [Pergerakan Bas pada waktu Solat Jumaat]

Bas A akan bergerak mengikut laluan Bas A mulai pukul 1.00 tengah hari. Selain itu, satu unit Bas dengan label “KE MASJID” pada papan tanda elektronik bas juga akan bergerak pada pukul 1.00 tengah hari menuju ke Masjid USM. Bas tersebut akan bertolak pulang ke Padang Kawad USM mulai pukul 2.30 petang.

Semua yang dinyatakan di atas merupakan hasil perbincangan antara MPPUSM bersama dengan pihak Unic Leisure mengenai sistem pengoperasian bas komuter di kampus induk USM. Pelajar USM juga boleh merujuk kepada jadual bas yang dilampirkan supaya dapat merancang pergerakan ke kuliah dan sebagainya dengan lebih efisien. Pihak MPPUSM akan sentiasa memantau perkhidmatan bas komuter dalam kampus USM dan sebarang aduan atau masalah boleh dikemukakan kepada pihak Unic Lesisure dengan merujuk poster yang dilampirkan.

For more info, please visit MPPUSM Official facebook Page @ https://www.facebook.com/mppusm.official/posts/912115485576770