Category Archives: Notice Regarding Medical Check for Newbie

Medical Check Up Notice

:: Medical Check Up Notice ::

 

Kepada semua pelajar Kampus Induk, anda diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan perubatan (Medical Check Up) termasuk pemeriksaan X-Ray Dada, di Pusat Sejahtera / Pusat Kesihatan Kampus Induk USM. Anda dan juga semua rakan – rakan seperjuangan, akan diberi temujanji apabila anda melapor diri nanti.

Namun bagi pelajar – pelajar baru Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal, mereka dikehendaki melakukan pemeriksaan perubatan di Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan. Pelajar tidak perlu membuat pemeriksaan X-Ray di luar sebelum memasuki. Pelajar akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan. Pegawai Perubatan akan memberi penasihatan kepada pelajar sekiranya ada keperluan untuk buat X-ray.

Semua pelajar Kampus Kesihatan WAJIB  membuat Pemeriksaan Perubatan  dan x-ray dada  di mana-mana Klinik/Hospital Kerajaan, Hospital swasta atau HUSM dan bawa laporan lengkap berserta filem x-ray dada untuk disemak pada hari pendaftaran.

Siswa yang mendapat tawaran program pengajian Ijazah Doktor Perubatan, Ijazah Doktor Pergigian, Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) (Kejururawatan) dan Diploma Kejururawatan WAJIB menjalani ujian saringan HIV, Hepatitis Bs Antigen, Hepatitis Bs Antibodi dan Hepatitis C. Sila gunakan borang di LAMPIRAN A untuk kebenaran pengambilan sampel darah bagi ujian berkenaan. Sila bawa salinan asal keputusan ujian darah untuk disemak pada hari pendaftaran.

Untuk siswa Politeknik Port Dickson (PPD) perlulah melakukan Pemeriksaan Perubatan di mana-mana Klinik /Hospital Kerajaan dan bawa Laporan Pemeriksaan Perubatan lengkap untuk di semak pada hari pendaftaran.

PERINGATAN! SISWA DIKEHENDAKI MEMBAWA SLIP TEMUJANJI KESIHATAN, BORANG LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN, GAMBAR UKURAN PASPORT DAN SALINAN LAPORAN PENYAKIT/MASALAH KESIHATAN JIKA ADA SEMASA HARI TEMUJANJI PEMERIKSAAN PERUBATAN DI PUSAT SEJAHTERA.

Sumber: Pusat Sejahtera USM