Category Archives: Pimpin Siswa Lestari

Introduction of Pimpin Siswa Lestari

baner pimpin

PENGENALAN PROGRAM PIMPIN SISWA LESTARI

Program PIMPIN Siswa Lestari (PSL) merupakan Komponen Teras Wajib dalam rangka Sistem MyCSD (My Continuous Students Development). Sistem MyCSD diperkenalkan untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan pelajar dalam program Pembangunan Siswa sepanjang pengajian mereka di USM. Setiap aktiviti pelajar di luar daripada keperluan akademik mereka akan direkodkan dalam pangkalan data secara sistematik dan transkrip MyCSD akan dikeluarkan kepada mereka selepas mereka menerima ijazah nanti.

Pengenalan sistem MyCSD berdasarkan pada matlamat utama Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk melahirkan graduan yang holistik dan seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal berasaskan kepercayaan teguh kepada Tuhan.

Sehubungan dengan itu, Program PIMPIN Siswa Lestari diwujudkan atas inisiatif USM untuk melatih mahasiswa/i agar lebih berdaya saing, unik, dan berkualiti selaras dengan motto USM ‘ Kami Memimpin’. Program PIMPIN Siswa Lestari ini dibangunkan selari dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi dan Naib Canselor bagi tujuan pembangunan mahasiswa yang holistik serta mempunyai keupayaan untuk menggerakkan pemindahan ilmu dan agenda Inovasi, Keusahawanan dan Kelestarian USM pada tahap antarabangsa.

Program PIMPIN Siswa Lestari ini akan menggabungkan Program Kesukarelaan, Program Libat Sama Komuniti, ‘Student Knowledge Transfer SKTP’, Inovasi dan Kelestarian.

Modul World Café diperkenalkan di dalam program ini dalam usaha untuk mendedahkan para pelajar baharu tentang kaedah untuk menjana idea dan pemikiran secara berstruktur, terarah dan santai yang secara tidak langsung dapat menyemai budaya pemindahan ilmu dan penyelidikan pada peringkat awal kepada para pelajar.

Idea awal modul ini tercetus apabila Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman meminta Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselornya, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussien untuk merombak kembali Modul PIMPIN Siswa yang sedia ada supaya ia seiring dengan perkembangan semasa. Melalui kerjasama dengan Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) yang diketuai oleh Pengarahnya iaitu Prof. Dr. Kamarulazizi Ibrahim dengan dibantu oleh staf akademik dan staf pentadbirannya, sebanyak lima buah forum dan lima buah World Café telah dibentuk dalam usaha membentuk modul yang kompehensif untuk dilaksanakan dalam Program PIMPIN Siswa Lestari.

Modul ini disusun melibatkan lima bahagian utama. Lima bahagian tersebut ialah Sains dan Kejuruteraan, Sastera dan Sains Sosial, Sains Perubatan, Qalbu dan Generik. Bahagian Sains dan Kejuruteraan, Sastera dan Sains Sosial serta Sains Perubatan merupakan bidang pengajian yang terdapat di USM. Ia cuba disusun mengikut bidang-bidang pengajian tersebut supaya mudah dilaksanakan dengan mengkategorikan mahasiswa dan mahasiswi mengikut bidang pengajian masing-masing. Tiga bahagian utama modul yang telah disusun ini memiliki tiga elemen penting iaitu elemen Kelestarian, Inovasi dan Keusahawanan.


PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan:-

Sekretariat Program PIMPIN Siswa

Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Sahsiah Pelajar (PPKSP)

Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA)

Bangunan H21, Kompleks Cahaya Siswa

Universiti Sains Malaysia

11800 USM Pulau Pinang

No Tel: 04-653 2299 / 2505    No Faks: 04-658 1745       Email : ppksp@usm.my