Category Archives: Pendaftaran Pelajar Baharu

Pendaftaran Diri USM Program Siswa Lestari 2017/2018

Makluman Tentang Tarikh dan Masa Pendaftaran Diri Bagi Pelajar Baru Sidang Akademik 2017/2018

Sukacita dimaklumkan tentang tarikh, waktu dan tempat pendaftaran diri bagi pelajar baru di Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan maklumannya adalah seperti berikut:-

Pada 3 SEPTEMBER 2017 siswa dikehendaki mendaftarkan diri di desasiswa seperti yang tertera di dalam surat tawaran. Sila rujuk Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2017/2018 bagi mengetahui tarikh dan waktu aktiviti tersebut.

b. Sepanjang tempoh penginapan di Desasiswa, siswa dikehendaki membawa bantal, sarung bantal dan cadar sendiri. Pihak Universiti tidak menyediakan kemudahan ini.

c. Bagi memudahkan urusan pendaftaran siswa dan juga memastikan aliran trafik di dalam kampus berjalan lancar, sila pastikan kenderaan keluarga siswa dilekatkan dengan tanda nama Desasiswa yang dilampirkan sebelum memasuki kampus.

Sebarang persoalan sila hubungi:-

Unit Perumahan Dan Penginapan Universiti (UPPU)

Sektor Perkhidmatan Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
T: 04-653 4454 / 4455 / 4457
E: uppu@usm.my
FB: http://www.facebook.com/UPPU.USM
Hotline: 04-653 3107
Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA)

Bagi pelan dan maklumat selanjutnya, Sila rujuk Buku Panduan anda.

————————————————————————————————–

  1. Dari Jambatan Pulau Pinang ke Desasiswa Cahaya Gemilang
    (Google Map Link: http://goo.gl/maps/gR0XE)
  2. Dari Jambatan Pulau Pinang Ke Desasiswa Aman Damai
    (Google Map Link: http://goo.gl/maps/FHRH0)
  3. Dari Jambatan Pulau Pinang Ke Desasiswa Restu, Tekun, Saujana & Indah Kembara
    (Google Map Link: http://goo.gl/maps/PsnyW)
  4. Dari Jambatan Pulau Pinang Ke Desasiswa Bakti Permai
    (Google Map Link: http://goo.gl/maps/SNFcs)
  5. Dari Jambatan Pulau Pinang Ke Desasiswa Fajar Harapan
    (Google Map Link: http://goo.gl/maps/HYjUc)