Tag Archives: JPA

Program Talent Acceleration In The Public Service (TAPS)

screen-shot-2016-09-13-at-4-02-45-pm

screen-shot-2016-09-13-at-4-03-01-pm
screen-shot-2016-09-13-at-4-03-10-pm
Program TAPS adalah di bawah anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Razak School of Government (RSOG). Program ini telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 22 Ogos 2011 bertujuan untuk mengenalpasti, memupuk dan mencari bakat terbaik untuk Perkhidmatan Awam.
 
Dalam hal ini, pemegang biasiswa JPA yang berpotensi tinggi serta baru menamatkan pengajian adalah sasaran audien kepada program ini. Graduan yang telah terpilih akan didedahkan kepada suasana kerja sebenar di dalam sistem perkhidmatan awam dan juga akan turut terlibat dengan perkara-perkara yang akan diselia oleh Kementerian/Jabatan/Agensi di mana graduan tersebut ditempatkan kelak.
 
Kriteria pemilihan peserta TAPS adalah seperti berikut:
a) Merupakan pemegang biasiswa JPA;
b) Mempunyai CGPA minimum 3.5 dan ke atas;
c) Latar belakang pendidikan di dalam bidang kejuruteraan, sains, ekonomi dan kewangan sahaja; dan
d) Telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama pada tahun 2016.
 
Program ini adalah merupakan sebahagian daripada Perjanjian Biasiswa Persekutuan sepertimana termaktub pada Fasal 6.2.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 September 2016 (Ahad).

Pemakluman Pembukaan Akaun Bank Islam bagi Calon Pelajar Program PIDN dan Dermasiswa B40 Tahun 2016

Screen Shot 2016-07-18 at 12.32.21 AMCalon pelajar yang berjaya ditawarkan dan bersetuju untuk menerima penajaan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dan Program Dermasiswa B40 dikehendaki untuk membuka akaun Bank Islam.

Maklumat Akaun Bank Islam ini hendaklah dikunci masuk ke dalam Sistem e-penawaran dan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam hendaklah dikemukakan semasa Sesi Pemurnian Dokumen Perjanjian bersama pihak JPA yang tarikhnya akan dimaklumkan kelak.

Kegagalan untuk mengemukakan slip pengesahan akaun bank semasa sesi tersebut akan menyebabkan kelewatan proses pembayaran elaun.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 03-8885 3453/3541/3552

Sumber: esilav2 JPA

Pemakluman kepada Pelajar Berjaya PIDN Tahun 2016 & Program Dermasiswa B40 Tahun 2016

Screen Shot 2016-08-15 at 10.55.24 AM

Saudara/i dikehendaki muat turun dokumen penawatan melalui
http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epenawaran/

Sila sahkan penerimaan penajaan di dalam sistem selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2016. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan penajaan kepada saudara/i.

Sebarang masalah berhubung muat turun dokumen boleh hubungi talian: 03-8885 3453 / 3541 / 3552

Sekian. Terima kasih.

Sumber: JPA

Arahan Lapor Diri Tamat Pengajian bagi Pelajar Tajaan JPA

Screen Shot 2016-07-18 at 12.33.52 AM

Screen Shot 2016-07-18 at 12.33.59 AM

For more info, please visit HERE

Model Baharu Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam 2016

Screen Shot 2016-07-18 at 12.32.21 AM

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2016

MEMPERKASA BAKAT NEGARA

MEMARTABATKAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

PUTRAJAYA, 5 APRIL 2016 – Pembangunan modal insan berasaskan pengetahuan, berdaya saing dan berdaya tahan adalah salah satu teras strategik Kerajaan ke arah pencapaian aspirasi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, Kerajaan komited kepada usaha pembangunan modal insan negara melalui program penajaan sebagai langkah yang menyokong pencapaian aspirasi tersebut.

Pada tahun ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneruskan pembiayaan program penajaan dengan peruntukan sebanyak RM1.65 bilion untuk menanggung pembiayaan seramai 49,060 pelajar sedia ada iaitu penajaan 41,324 pelajar dalam negara dan 7,736 pelajar di luar negara. Manakala peruntukan tambahan sebanyak RM160 juta lagi telah diluluskan di bawah Pengubahsuaian Bajet 2016 untuk membiayai penajaan pelajar baharu tahun 2016.

Dengan penyediaan peruntukan tersebut maka semua pelajar yangditaja dapat meneruskan pengajian dalam keadaan yang kondusif bagi membolehkan mereka menyempurnakan pengajian dengan jayanya. Ini akan memastikan negara dapat memperoleh bakat terbaik bagi memenuhi keperluan tenaga kerja Perkhidmatan Awam dan negara.

Umum memahami senario ekonomi hari ini disebabkan ketidaktentuan ekonomi di peringkat global. Oleh demikian, Kerajaan telah melaksanakan Pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan pada 28 Januari 2016 dengan menetapkan pengurangan perbelanjaan sebanyak RM 9 bilion berikutan penurunan dalam kutipan hasil negara. Selaras dengan pengumuman tersebut, pihak JPA juga perlu melaksanakan langkah pengubahsuaian yang lebih strategik bagi mengoptimumkan peruntukan yang sedia ada serta mengambil kira kepentingan program pembangunan modal insan yang lebih holistik. Sebagai langkah memastikan negara mendapat pulangan dan manfaat yang optimum daripada pelaburan besar yang diperuntukkan bagi program penajaan, maka Kerajaan memperkenalkan model baharu penajaan oleh JPA mulai tahun 2016.

Model baharu penajaan dirangka berdasarkan empat teras utama iaitu:

i. Merit dan Inklusiviti;

ii. Fokus kepada Golongan B40, M40 dan Technical & Vocational Education and Training (TVET);

iii. Pembangunan Malaysia sebagai Hab Pendidikan; dan

iv. Pulangan Pelaburan.

Model baharu ini membolehkan penajaan dilaksanakan secara komprehensif merangkumi aspek merit dan kecemerlangan serta keperluan membantu golongan berpendapatan rendah dalam kategori B40 terutama dalam bidang Teknikal dan Vokasional. Di bawah model baharu ini juga, tumpuan akan diberikan kepada penajaan pelajar ke IPT dalam negara bagi menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau. Usaha ini juga akan dapat memartabatkan IPT tempatan dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang negara.

Dengan itu, Model Baharu Penajaan JPA akan dilaksanakan seperti

i. Program Penajaan Nasional

Penajaan kepada 20 pelajar terbaik SPM 2015 berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pelajar ditaja mengikuti program persediaan dalam Negara dan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di universiti terkemuka dunia berdasarkan senarai QS World Ranking dan terhad kepada bidang-bidang yang ditetapkan oleh Kerajaan.

ii. Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Penajaan kepada 200 pelajar cemerlang SPM 2015 yang berminat untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma/Ijazah Pertama dalam bidang Kejuruteraan di Negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Penajaan merangkumi kursus persediaan dalam Negara dan pengajian peringkat seterusnya di negara-negara berkenaan.

iii. Program Ijazah Dalam Negara

Penajaan kepada 7,000 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta dalam kategori Government Linked Company (GLC) iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Multimedia University (MMU) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

iv. Program Dermasiswa B40

Penajaan kepada 1,000 pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 untuk mengikuti pengajian peringkat diploma di Politeknik, Universiti Awam, UNITEN dan MMU. Ia merupakan program baharu diperkenalkan dalam model baharu penajaan JPA 2016. Tumpuan diberikan kepada latihan TVET kerana ia telah dikenal pasti sebagai salah satu game changer di bawah RMKe-11. Program ini akan menjurus dalam bidang teknikal dan vokasional sebagai usaha kerajaan untuk merealisasikan pembangunan bakat yang mempunyai kemahiran tinggi bagi menampung keperluan pekerja mahir dalam pasaran kerja kelak.

v. Program Lepasan Bursary

Penajaan kepada 744 pelajar Program Bursary 2013/2014 (lepasan SPM tahun 2012/2013) di bawah Program Lepasan Bursary akan diteruskan bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di IPT tempatan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

vi. Program Bursary

Penajaan kepada 250 pelajar lepasan SPM 2015 yang mendapat 9A+ dan ke atas. Pemilihan dibuat berdasarkan merit dan inklusiviti di kalangan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2015 (9A+ ke atas). Penajaan merangkumi program peringkat persediaan/Asasi dalam Negara dan seterusnya ke peringkat Ijazah Pertama di IPT tempatan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Bidang-bidang yang ditawarkan adalah di bawah kelompok Klinikal dan Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.

Program Bursary yang sebelum ini dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan akan dilaksanakan oleh JPA secara one off pada tahun 2016 sahaja. Program ini tidak akan diteruskan lagi mulai tahun 2017.

Sebagai langkah untuk memastikan pulangan yang setimpal dengan pelaburan yang dikeluarkan oleh Kerajaan, mulai tahun 2016 program penajaan akan dilaksanakan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kecuali bagi Program Dermasiswa B40. Ia berteraskan prinsip pulangan pelaburan kepada negara (ROI) dalam memastikan Kerajaan akan memperoleh bakat yang terbaik untuk Perkhidmatan Awam. Di samping itu, prinsip ini berupaya mewujudkan sifat kebertanggungjawaban kepada negara.

Perjanjian pinjaman akan dikuatkuasakan mengikut empat keadaan seperti berikut:

(i) pinjaman akan ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;

(ii) bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat milik Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;

(iii) bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan

(iv) bayaran balik keseluruhan pinjaman sekiranya pelajar bekerja di luar negara.

Secara keseluruhannya, Model Baharu Penajaan JPA 2016 dirangka bagi mencapai objektif pembangunan modal insan negara untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian di IPT tempatan serta memfokuskan kepada pelajar daripada golongan berpendapatan rendah.

Satu sesi taklimat khas bersama pelajar Program Bursary tahun 2013 / 2014 / 2015 akan diadakan pada masa terdekat. Pelajar yang terlibat perlu merujuk kepada portal http://esilav2.jpa.gov.my atau menghubungi talian 03 88853603 / 3777 / 3398 untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan sesi taklimat tersebut.

Jabatan Perkhidmatan Awam

05 APRIL 2016

Program Dermasiswa B40 2016

PENGENALAN

Program Dermasiswa B40 merupakan program baharu JPA yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2016. Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2015 daripada keluarga dalam golongan B40 untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Sijil Profesional di Institusi Pengajian Tinggi yang dikenalpasti. Golongan B40 adalah terma yang digunapakai Kerajaan bagi kumpulan isi rumah di Malaysia yang berpendapatan 40% terendah.

Objektif Program ini adalah membantu pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 mengikuti pengajian dalam bidang TVET dan profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada industri. Sehubungan itu, penajaan akan menjurus kepada bidang teknikal dan vokasional selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan bakat yang mempunyai kemahiran tinggi bagi menampung keperluan pekerja mahir dalam pasaran kerja.

PENAJAAN

Penajaan pelajar di bawah Program ini adalah dalam bentuk biasiswa. Sebanyak 1,000 tempat diperuntukkan bagi menaja pelajar di bawah program-program berikut:

i. Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam 

Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam merupakan penajaan kepada pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam atau Politeknik bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma. Sebanyak 700 tempat penajaan diperuntukkan di bawah program ini.

ii. Program Diploma UNITEN & MMU

Program Diploma UNITEN & MMU merupakan penajaan kepadapelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang layak untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma samada di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) atau Multimedia University (MMU). Bidang pengajian yang ditaja adalah kejuruteraan, teknologi maklumat, perakaunan dan pentadbiran perniagaan. Sebanyak 200 tempat penajaan diperuntukkan di bawah program ini.

iii. Program Sijil Profesional (PSP)

Program Sijil Profesional (PSP) adalah penajaan kepada pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang layak untuk mengikuti pengajian peringkat Sijil Profesional dalam bidang kejuruteraan dan perakaunan. Pelajar yang dipilih akan ditempatkan di Universiti Kuala Lumpur bagi Program sijil Profesional dalam bidang kejuruteraan, dan Kolej Poly-Tech MARA bagi pengajian Certified Accounting Technician (CAT) . Sebanyak 100 tempat penajaan diperuntukkan di bawah program ini.

PERMOHONAN

Permohonan akan dibuka secara atas talian di http://esilaV2.jpa.gov.my mulai 5 Mei 2016.

Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia,

b) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;

c) Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015;

d) Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;

e) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;

f) Jumlah pendapatan bulanan isi rumah ibu bapa/penjaga adalah RM6,540 ke bawah; dan

g) Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan (akan dimaklumkan semasa permohonan dibuka).

Program Penajaan Bursary

 

Screen Shot 2016-07-18 at 12.12.47 AM

PENGENALAN

Program Bursary Tahun 2016 adalah program penajaan ke atas pelajar cemerlang lepasan SPM yang memperoleh keputusan 9A+ dan ke atas bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan. Program ini merupakan kesinambungan Program Bursary yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari tahun 2012 hingga 2015. Program ini diteruskan pelaksanaannya oleh JPA pada tahun 2016 secara one off sebelum dimansuhkan pada tahun 2017.

PENAJAAN

Sebagaimana pelaksanaan Program Bursary oleh Kementerian Pendidikan, penajaan adalah dalam bentuk biasiswa. Pelajar akan ditaja mengikuti kursus persediaan di IPT dalam negara yang ditetapkan seperti di Lampiran A.

PERMOHONAN

Permohonan akan dibuka secara online di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my dalam masa terdekat.

Sila rujuk berikut sekiranya memerlukan maklumat selanjutnya:

1.Maklumat Lanjut 

2.Dasar Penajaan

3.Maklumat Perjanjian

4. Proses Permohonan 

 

Sekian, terima kasih

Sumber: JPA