Medical Check Up Notice

:: Medical Check Up Notice ::

Kepada semua pelajar Kampus Induk, anda diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan (Medical Check Up) termasuk pemeriksaan X-Ray Dada, di Pusat Sejahtera / Pusat Kesihatan Kampus Induk USM. Anda dan juga semua rakan–rakan seperjuangan, akan diberi temujanji apabila anda melapor diri nanti.

Namun bagi pelajar–pelajar baharu Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal, anda dikehendaki melakukan pemeriksaan kesihatan di Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan. Pelajar TIDAK PERLU membuat pemeriksaan X-Ray di luar sebelum memasuki. Pelajar akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan. Pegawai Perubatan akan memberi penasihatan kepada pelajar sekiranya ada keperluan untuk buat X-ray.

Semua pelajar Kampus Kesihatan WAJIB  membuat Pemeriksaan Kesihatan (RME) dan X-ray dada  di Klinik Rawatan Keluarga (KRK), Hospital USM. Temujanji RME akan diberi dan diadakan semasa program siswa lestari, sila patuhi tarikh dan masa yang ditepatkan. Siswa yang berasal dari Kelantan digalakkan untuk membuat RME di KRK Hospital USM sebelum melaporkan diri.

Siswa yang mendapat tawaran program pengajian Ijazah Doktor Perubatan, Ijazah Doktor Pergigian, Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) (Kejururawatan) dan Diploma Kejururawatan WAJIB menjalani ujian saringan HIV, Hepatitis Bs Antigen, Hepatitis Bs Antibodi dan Hepatitis C. Sila gunakan borang di LAMPIRAN A untuk kebenaran pengambilan sampel darah bagi ujian berkenaan. Sila bawa salinan asal keputusan ujian darah untuk disemak pada hari pendaftaran.

Untuk siswa Politeknik Port Dickson (PPD) akan menjalani Pemeriksaan Kesihatan di Kampus Induk pada Minggu Siswa Lestari.

PERINGATAN! SISWA DIKEHENDAKI MEMBAWA SLIP TEMUJANJI KESIHATAN, BORANG LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN, GAMBAR UKURAN PASPORT DAN SALINAN LAPORAN PENYAKIT/MASALAH KESIHATAN JIKA ADA SEMASA HARI TEMUJANJI PEMERIKSAAN PERUBATAN DI PUSAT SEJAHTERA.

Sumber: Pusat Sejahtera USM
http://www.pusatsejahtera.usm.my/index.php/en/

For more information, you can refer to buku panduan ‘3.0: Laporan Pemeriksaan Kesihatan‘.