School of Educational Studies (PPIP)

  1. Di manakah terletaknya Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan ?

PPIP terletak bertentangan dengan Pusat Pengajian Pengurusan ataupun terletak di bangunan Dewan KUliah Z.

  1. Bagaimanakah saya boleh tiba di Pejabat PPIP ?

Sekiranya anda mengambil Bas AC, anda boleh memilih untuk turun di perhentian depan Restoran Subaidah. Selepas itu jalan lurus dan menyeberangi Jalan Ilmu sehingga anda menemui Dewan Kuliah Z yang akan terletak di sebelah kanan anda. Masuk bangunan tersebut dan jalan mengikut papan tanda, anda akan tiba di Pejabat PPIP.

Sekiranya anda mengambil Bas D, C, dan B, anda boleh memilih untuk turun di perhentian Perpustakaan E48. Selepas itu, pergi ke seberang dan naik tangga untuk tiba di Pejabat PPIP yang terletak di sebelah kanan anda.

Soalan Berkaitan Struktur Kursus di PPIP

  1. Terdapat berapa cabang pengajian dalam PPIP?

Terdapat 4 cabang pengajian dalam PPIP, iaitu Sastera dengan Pendidikan ( SasPen ), Sains dengan Pendidikan ( SainsPen ) , TESOL dan Pendidikan Khas.

  1. Adakah saya wajib menyertai aktiviti kokurikulum?

Ya, SEMUA pelajar PPIP diwajibkan untuk menyertai akitiviti kokurikulum badan beruniform selama 3 tahun dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum akan dikira dalam markah unit. Pilihan aktiviti kokurikulum badan beruniform ialah PALAPES, SUKSIS, SJAM, PBSM, Kelanasiswa dan SISPA.

  1. Apakah kursus yang ditawarkan untuk dijadikan kursus major dan minor?

Sastera dengan Pendidikan – Major : Bahasa Malaysia, Geografi, Sejarah, Kesusasteraan

Minor : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Kesusasteraan

Sains dengan Pendidikan – Major : Matematik, Kimia, Biologi, Fizik

Minor : Matematik, Kimia, Biologi, Fizik

TESOL : Major : Bahasa Inggeris

Minor : Teknologi

Pendidikan Khas : Major : Penglihatan, Pendengaran

Minor : Apa-apa subjek dari Sastera dengan Pendidikan dan Sains dengan Pendidikan

  1. Bagaimanakah saya boleh menentukan kursus major dan kursus minor saya*?

Sastera dengan Pendidikan – Anda akan memilih Kursus Major dan Minor anda pada tahun kedua dan berdasarkan gred kursus pengantar yang diambil pada semester kedua tahun pertama.

Sains dengan Pendidikan – Kombinasi mana-mana dua subjek yang diminati

* Tertakluk pada pindaan

Soalan Berkaitan Etika di PPIP

  1. Apakah etika pemakaian yang sepatutnya saya patuhi?

Tidak diwajibkan memakai pakaian formal dengan syarat mesti memakai baju yang berkolar dan seluar panjang.