Majlis Sambutan Siswa (MSS)
Apa itu Majlis Sambutan Siswa (MSS)?
Majlis rasmi penuh protokol menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru.
Majlis memperkenalkan Pengurusan Tertinggi Universiti, Ahli Senat yang terdiri dari dekan, pengarah PTJ dan professor yang berkaitan.
Majlis lafaz ikrar oleh pelajar baru.
Majlis menandatangani surat ikrar oleh pelajar baru.
ETIKA PAKAIAN PELAJAR
Lelaki
Seluar Slack Panjang (warna gelap)
Baju kemeja berkolar (putih berlengan panjang dan bertali leher)
Kasut bertutup berwarna gelap dan berstokin (Selipar & Sandal tidak dibenarkan)
Perempuan
Baju kurung / kebaya atau blaus berlengan panjang (berwarna putih)
Kain / seluar / skirt panjang (warna gelap)
Sopan (Bukan Melayu)
Skirt panjang bawah lutut
Skirt pendek tidak dibenarkan
Berkasut (Selipar & Sandal tidak dibenarkan)
**Sila bawa pen bersama